Fusion Master
Sebelom ni nik sendiri pon macam pandang tak pandang tau pasal barang ni (pengakuan ikhlas dan jujur). Sebab apa, niki bukan sejenis yang suka masak memasak pon. Lagi-lagi nak buat daging cincang? memang boleh kata jauh panggang dari api la kot.
Tapi...apa yang niki perasan, ramai bagi review yang fusion master ni elok. Eh..terasa jugak nak google nak tau apa kelebihan dia.
Sejarah Ciptaan Fusion Master
Pereka alat Fusion Master ni, adalah dari UK. Kalau orang putih memang akan pakai untuk buat daging cincang lah. Sebab makan ruji diorang banyak berasaskan daging cincang seperti burger, sos spageti dan pasta, sosej etc... Jadi, rakyat diorang banyak mengalami masalah obesiti dan masalah kesihatan berpunca dari pemakanan fast food.
Jadi, chef tu reka la alat untuk mengisar daging, ayam, udang dan seangkatan dengannya untuk ke arah kesihatan lebih terjamin sebab boleh homemade je semua makanan tu.
Kita orang malaysia, apa kurang? banyak benda nak buat dengan mengisar makanan? alat paling glemer wajibla blender, betol tak? Kalau takde elektrik? lesung batu la jawabnya! ehehehe..
TAPI...itu dulu..zaman batu, sesuailaa dengan lesung batu..ye tak? sekarang ni zaman plastik ok! zaman semua barang mudah, prektikal dan ringan. Dan paling penting boleh buat macam-macam dengan satu alat sahaja! Canggih?
Antaranya kelebihan Fusion Master adalah:
1. Mudah dipasang
2. Tidak perlu menggunakan electric
3. Sangat mudah dicuci
4. Penyediaan makanan bayi (solid food yg mudah)
5. Mudah untuk dibawa kemana sahaja seperti balik kampung/picnic
6. Menarik dan ringan
7. Dapat menyediakan makanan yg sihat dan bersih serta yakin status halal
seperti..
Kisar ikan - Nik ni orang kelantan. Kami ni suka sangatla buat laksa dan laksam kelantan. Dan kuah laksa laksam ni kan nak kene kisar ikan. Selalunya kita blender je smua, tapi kalau takde electric, susah jgk, dan kene ingat, kita kan disarankan untuk jimat letrik. Fusion master ni memang sgt berguna. Lumat dan dijamin puas ati. Kisar ikan ni bukan untuk laksa laksam saje, buat sambal mangga+ikan bakar tawar, buat serunding ikan..dan sebagainya..
Kisar Udang - selalunya kami kisar udang bila nk buat serunding udang, sambal udang atau apa jua. Ada sesetengah orang kisar kulit udang untuk tambah dalam masakan. Kalau nak buat belacan, elok sangat la pakai fusion master ni.
Kisar Ayam - Boleh kisar ayam untuk masukkan dlam solid food anak anda. Boleh jugak buat sosej ayam, atau burger ayam homemade. Anda juga boleh buat chicken ball untuk anak-anak Homemade saje..laagi best. Gunakan air tangan keibukaan anda untuk sediakan makanan anak-anak!
Kisar Sayur - sediakan solid food anda dengan tambah unsur sayur sikit dalam makanan diorang. Boleh pakai fusion master untuk kisar sayur mayur juga ye. Kalau anda seorang yg mengamal perubatan kampung, boleh juga kisar sayur mayur untuk dijadikan minuman. Betol tak?
Kisar Kekacang - Boleh guna untuk kisar kekacang juga ye. Nak buat biskut raya ke, kuih satay ke, apa2 yg berkaitan kekacang (nik percaya anda expert dengan resepi masing2), insyaAllah alat ni boleh tolong mudahkan anda.
Buat Biskut Raya - paling terbaru, tupperware keluarkan acuan untuk buat biskut raya. Boleh buat tart nenas lagi tau.. Boleh la anda smua cuba untuk raya ni. Mane tau, kot2 menjadi dengan jayanya? kan??
Acuan Muruku - kalau sesiapa pernah tengok macam mana process nak buat muruku, korang mesti maklum betapa susahnya alat penekan acuan muruku tu. Seriusly. Mak nik sejak kecik sampai sekarang, suka buat muruku bila raya. Pakai alat penekan kayu tu. Kene mintak tolong abah yang tukang buatkan, tekan kuat2 bagi keluar bentuk muruku dan goreng..Buat susah, makan sedap! itu yang buat jugak tu..tp alhamdulillah...kali ni, fusion master keluarkan acuan buat muruku! ni memang berita gembira buat mak nik raya tahun ni. Boleh buat muruku banyak2 la jawabnya!
Jadi kalau anda berminat dengan alat ni,
boleh whatsapp NIK - 0129675107.
Nik bagi RM280 sahaja offer sehingga ujung tahun ni.
Terima Kasih semua!
No comments:
Post a Comment